BAYI YANG MENYUSU (#12036)

Terpujilah Engkau, Ya Tuhan, Tuhanku! Berikanlah bayi ini susu daripada dada belas kasihan lembut dan kasih sayang-Mu yang mesra dan dipelihara dengan buah-buahan daripada pohon-pohon syurgawi-Mu. Janganlah membiarkan dia diasuh oleh sesiapa pun kecuali Engkau, kerana Engkau Sendirilah yang menciptakannya dan mewujudkannya, melalui kekuatan kehendak dan kekuasaan-Mu yang berdaulat. Tiada Tuhan kecuali Engkau, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Tahu.

Diluhurkanlah Engkau, Ya Kekasihku Yang Tercinta, tiupkanlah kepadanya keharuman manis rahmat-Mu yang suci. Maka, bolehkanlah dia mencari perlindungan di bawah naungan Nama-Mu yang maha luhur, Ya Engkau yang memegang kerajaan nama-nama dan sifat-sifat dalam genggaman-Mu.       Sesungguhnya Engkaulah berkuasa untuk berbuat apa yang Engkau kehendaki, dan Engkau sesungguhnya Yang Maha Kuat, Yang Maha Luhur, Yang Maha Pengampun, Yang Penyayang, Yang Dermawan, Yang Maha Pengasih.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

BAYI YANG MENYUSU (#12037)

Ya Tuhan yang tiada bandingan! Biarlah bayi yang sedang menyusu ini disusui daripada dada kasih sayang-Mu, jagalah dia dalam buaian keselamatan dan perlindungan-Mu dan biarlah dia diasuh dalam pelukan kasih sayang lembut-Mu.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

BAYI YANG MENYUSU (#12038)

Ya Tuhan! Peliharalah bayi ini dalam dada cinta-Mu, dan berilah dia susu daripada dada Kurnia-Mu. Peliharalah pohon muda ini di taman mawar cinta-Mu dan bantulah ia tumbuh melalui hujan rahmat-Mu. Jadikanlah dia anak kerajaan, dan bimbinglah dia ke alam syurgawi-Mu. Engkau sesungguhnya berkuasa dan pemurah, dan Engkau adalah Pemberi, Dermawan, Raja rahmat yang berlimpah-limpah.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

